Search


Zamani Selepas dibebaskan dengan Jaminan Pol...

  • Share this:


Zamani Selepas dibebaskan dengan Jaminan Polis.

Zamani berkata, ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, seorang daripada anggota memintanya menyanyikan lagu popularnya dan dia tidak keberatan mendendangkannya.

“Dia mengaku meminati saya dan kumpulan Slam. Jadi, saya hanya menyanyikannya kerana menganggap dia peminat saya,” katanya pada sidang media di Damansara, di sini.

Hadir sama pengurusnya, Johan Aziz dan abangnya, Zulfazil.

Zamani berkata, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap pihak yang merakam video itu dan menganggapnya sudah selesai.

Selain itu, dia juga berterima kasih dengan peminat yang menyokongnya namun meminta mereka yang memiliki video berkenaan tidak menyebarkannya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, ketika dihubungi, berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu dibebaskan.

“Dia sebelum ini direman atas kesalahan memiliki dadah dan siasatan kes itu sudah dilengkapkan. Kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut," katanya.


Tags:

About author
not provided
View all posts